Wednesday, December 25, 2013

VARIASI SUSU UNTUK MAKANAN & MINUMAN



Contoh Krimer Sejat ("Evaporated Creamer")

Keterangan:

Salah satu jenis di kalangan Susu Sejat*. Kandungan susu pepejal tidak banyak berkemungkinan peratus lemak tumbuhan yang digunakan lebih tinggi, justeru pengeluar melabelnya sebagai “Krimer”.
Krimer Sejat digunakan oleh kebanyakan kedai makanan di Malaysia kerana ianya lebih murah berbanding Susu Sejat.
Di dalam blog ini ianya boleh digunakansebagai susu cair di dalam resipi Coklat Kukus
Nota:
*Susu Sejat atau susu pekat ialah susu segar yang telah disejatkan kandungan airnya supaya lebih pekat dari segi nutrisi.Memudahkan urusan penyimpanan terutamanya utk tujuan pengeksportan oleh kapal. Khasiatnya hampir sama dgn susu segar. Kategori pertama Susu Sejat berbanding variant yang lain, iaitu menghampiri khasiat susu segar.



Contoh Susu Sejat

Susu segar Dutch Lady

Keterangan

Susu segar adalah sekresi susu biasa yang bersih daripada lembu yang diberi makan dan dipelihara dengan sempurna. "Susu segar" mengandungi air, lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protin, vitamin, galian (mineral) dan lain-lain (sumber google, portal rasmi jabatan perkhidmatan veterinar).Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3o - 4o C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.

Di dalam blog ini susu segar digunakan dala masakan kek, spageti etc.


No comments:

Post a Comment