dapurkitaorang khusus untuk kitaorang yang suka masak-masak & makan-makan. Ruangan ini tempat kitaorang kongsi cerita, resipi, gambar dan apa juga pasal masakan. kitaorang percaya dengan berkongsi resipi dan masakan hidup kitaorang menjadi lebih ceria & gembira!
Saturday, December 21, 2013
LIGHT BLUEBERRY CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN
1. 300ml susu segar
2. 6 keping keju kraft (yg jenis keping2 mkn ng roti tu)
3. 3biji telur gred A
4. 90gm gula halus
5. 110gm tepung
6. 1 sudu kecil esen vanilla
7. 110gm mentega/majerin
8. Blueberry filling secukupnye
CARA-CARA
1. Panaskan susu segar dlm periuk dgn api perlahan dan masukkan kepingan keju. Kacau hingga cair..masukkan majerin
2. Asingkan putih dan kuning telur
3. Pukul putih telur bersama gula halus hingga menjadi meringue
4. Pukul kuning telur hingga berkrim dan masukkan adunan susu..kacau perlahan
5. Ayakkan tepung ke dlm adunan dan kaup balik hingga sebati
6. Masukkan adunan meringue dan kaup balik hingga rata..masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
7. Masuk dlm loyang yg dh digris...bole masuk sikit adunan..picitkan blueberi filling dan teruskn hingga abis..
8. Bakar pd suhu 150-175 degree selama 50minit dgn kaedah double boil hingga masak(suhu mcm biasa bergantung pd oven)
creative cooking by Mas
Labels:
cake,
cheesecake,
kek,
mas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment