Friday, December 27, 2013

SPAGETI CARBONARA SEMPOI

BAHAN-BAHAN

Spaghetti
ayam / ikan / seafood
Bawang putih, bawang merah
Sos carbonara preego
fresh milk
oregano (kering je guna)
daun ketumbar (kalo suka)
carrot & button mushroom (kalo suka)
Minyak utk tumis
Garam secukup rasa

CARA-CARA
Tumis bwg then masuk ayam (sama ada potong kiub or kisar) / daging lembu kisar
*if seafood ,masuk seafood lepas kuah didih sikit
Bila ayam /daging dah masak
Masukkan sayur2 then masuk sauce preego & fresh milk
kemudian tabur oregano
Bila didih bole off api & perasakan dgn garam & kalo suka daun ketumbar boleh bubuh time ni.

Utk spaghetti 
didihkan air, then masukkan spaghetti.
bila dah lembut
masukkan sikit minyak supaya tak melekat2
Dah sdg2 lembut pastanye
toskan airnya
Siap ... boleh hidang

Tips*kalo nak guna broccoli  /bunga kobis,celur asing

creative cooking by Aya

SPAGETI CARBONARA DGN MUSHROOM CHICKEN

BAHAN-BAHAN

 1. Spageti brand san remo

  
 2. Mushroom soup chicken (2 peket brand vono)

 3. Ayam kisar brand ayamas / dada ayam potong kecik      

              
 4. 2 biji bwg putih (didadu).                              
 5. Mnyk zaitun.  

           
 6.  Air rebusan spageti.       
7.   daun oregano kering

8. Setengah tin carbonara mushroom prego



CARA-CARA
Spageti
Rebus spageti + mnyk zaitun sikit + segenggam ayam kisar kepal (jimat masa)
Ayam kisar agak2 dah memutih, angkat dan asingkan
Spageti tunggu hingga lembut(jgn terlalu lembut sbb takut hilang rassa 'italian' bila makan)

Kuah Spageti
Panaskan periuk masa + letak minyak zaitun.                      
Campak bwg putih dadu, tunggu bau wangi
masuk ayam kisar / ayam potong kecik (yg direbus sekejap ngn spageti)
Kacau agak2 masak rata + tuang separuh (ikut suka) carbonara prego
Kacau sama rata 
Tuang 2 peket instant mushroom soup vono
bubuh air rebusan spageti (saje kasi ada rasa).                       
Bajet sendiri kepekatan (ikut suka).                         
Rasa sikit if dah balance rasa carbonara ngn mushroom soup kira ok
tabur sikit daun oregano
Bubuh dlm spageti kat pinggan then ngap...

creative cooking by Zila inspired by Inas*
Nota
* this invented new recipe ialah hasil vote tertinggi utk dinner instead of nasi oleh papa & anak
the impromptu recipe idea is a combination from ibu dan anak's favourite pasta sauce / soup disebabkan ketiadaan  stok normal tradisi prego di dapur (tin merah)
digantikan dgn carbonara (ibu's favourite) and
diupgrade dgn mushroom chicken soup (inas fav)
diolah secukup rasa utk dinner bersama ngn air teh o panas (ha ha)

creative cooking by Zila
* All photos by google images


Thursday, December 26, 2013

DONUT MUAR

BAHAN-BAHAN

500g tepung gandum
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
3 sudu susu tepung
3 sudu gula pasir (leh kurangkan kalu tak suke manis)
11g mauripan (sebungkus)
Sedikit air sejuk dlm peti ais

CARA-CARA
1. Kembangkan mauripan guna air suam.
2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lubang tetengahnya, masukkan gula, garam, susu dan majerin. Adun mesra. (pakai tgn je)
3. Tuang mauripan ke dalam adunan, uli sampai jadi doh.
4. Uli adunan hingga lembut, jika belum lembut masukkan air sejuk. Uli lagi, terus terap.
5 minit kemudian, dah kembang dan goreng.

creative cooking by Sally

Wednesday, December 25, 2013

VARIASI SUSU UNTUK MAKANAN & MINUMAN



Contoh Krimer Sejat ("Evaporated Creamer")

Keterangan:

Salah satu jenis di kalangan Susu Sejat*. Kandungan susu pepejal tidak banyak berkemungkinan peratus lemak tumbuhan yang digunakan lebih tinggi, justeru pengeluar melabelnya sebagai “Krimer”.
Krimer Sejat digunakan oleh kebanyakan kedai makanan di Malaysia kerana ianya lebih murah berbanding Susu Sejat.
Di dalam blog ini ianya boleh digunakansebagai susu cair di dalam resipi Coklat Kukus
Nota:
*Susu Sejat atau susu pekat ialah susu segar yang telah disejatkan kandungan airnya supaya lebih pekat dari segi nutrisi.Memudahkan urusan penyimpanan terutamanya utk tujuan pengeksportan oleh kapal. Khasiatnya hampir sama dgn susu segar. Kategori pertama Susu Sejat berbanding variant yang lain, iaitu menghampiri khasiat susu segar.



Contoh Susu Sejat

Susu segar Dutch Lady

Keterangan

Susu segar adalah sekresi susu biasa yang bersih daripada lembu yang diberi makan dan dipelihara dengan sempurna. "Susu segar" mengandungi air, lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protin, vitamin, galian (mineral) dan lain-lain (sumber google, portal rasmi jabatan perkhidmatan veterinar).Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3o - 4o C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.

Di dalam blog ini susu segar digunakan dala masakan kek, spageti etc.


DONUT VERSI CIK ITA

BAHAN-BAHAN

3 1/2 sudu besar yis
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar @ uht
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum (tapi boleh letak lebih sampai 8@9 cawan baru leh kepal)

CARA-CARA
1. rendam yis dalam air suam 5 minit sampai berbuih (dlm mangkuk uli)
2. masuk susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung
3. uli sekata tambah tepung sikit demi sikit sampai boleh bentuk (8 cawan pun masih mcm lembik sikit)
4. tutup dgn kain* lembap sampai naik sekali ganda..dlm 30-60 minit (cuaca panas lg cepat naik)
5. uli dan bentukkan
6. rehat 30 minit untuk bagi dia naik sekali ganda sblm goreng
7. panaskan minyak yg byk dlm kuali..kecikkan api bila dah panas..goreng sampai keemasan
8. angkat dan sejukkan utk deko

tips:
1. *boleh tutup guna tuala lembab

creative cooking by Ita

Sunday, December 22, 2013

AYAM CENDAWAN

BAHAN-BAHAN
Lada kering 2 batang potong 2
Halia
bawang putih
Cendawan shitake kering (rendam air panas)
Sos tiram
Sos pekat
Stok ayam
Lada hitam
Minyak bijan
Tepung jagung

CARA-CARA
1. Tumis lada kering
2. Masuk halia n bawang putih
3. Masuk ayam
4. Masuk sos tiram n kicap pekat
5. Bubuh cendawan n stok ayam n air
6. Ayam masak masuk tepung jagung
7. Lastly, tabur lada hitam n minyak bijan.

creative cooking by Asya

KUIH BAKAR

BAHAN-BAHAN
2 1/4 cawan santan
2 cawan tpg gandum
3 biji telur
2 sudu besar butter @ marjerin
1 cawan jus pandan(kisar pandan dgn air..ambik jus pekat)
sikit pewarna hijau
1 cawan gula
garam ikut rasa

CARA-CARA
1. masuk semua dalam blender dan kisar (jgn lebih kisar kang terlebih naik lembut sgt...cukup sebati je)
2. letak 2 sudu minyak dlm loyang ratakan
3. letak adunan dlm loyang td
4. letak garam
 5.bakar 180°c sampai masak

creative cooking by Ita

BLUEBERRY BUTTER CAKE

BAHAN-BAHAN
2 1/2 cawan tpg naik sendiri
250 gram butter
250 gram creamcheese
1 1/2 cawan gula kastor
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
150 gram buah blueberry (blueberry filling)
1/3 cawan susu segar

CARA-CARA
1. panaskan oven 160°c. Gris dan alas loyang 8" dgn baking paper
2. pukul butter+gula+esen vanilla sampai ringan n lembut
3. masukkan telur sebiji demi sebiji..pukul sebati
4. masukkan creamcheese dan susu..pukul lagi
5. ayak tepung dan masukkan dalam adunan dengan guna spatula@senduk..gaul sebati
6. masukkan sedikit adunan dalam loyang dan ratakan.
7. letakkan buah atau filing blueberry..(boleh bentukkan dot2 byk2 atas adunan tu
8. ulang lapis adunan dgn blueberry sampai habis.
9. bakar dalam oven sehingga 50-60 minit..atau sampai kek masak

creative cooking by Ita

KEK MARBLE MAK JEMAH

BAHAN-BAHAN
5 biji telur
1 cwn gula kastor
1 cwn tpg gandum
1 cwn tpg naik sndiri
1 sudu teh esen vanilla
300 gram marjerin
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar serbuk koko..agak2 la..nak pekat letak lebih..

CARA-CARA
1. asingkan putih dan kuning telur
2. putar putih telur dgn separuh gula sampai bertanduk (meringue)
3. pukul kuning telur + marjerin + baki gula (a)
4. ayak baking powder dgn semua tepung
5. masuk tepung, esen vanilla, susu n bahan a dalam meringue
6. kacau dgn senduk @spatula sampai rata
7. buat 2 bhgn. satu letak serbuk koko sebatikan
8. sapu butter@ marjerin dlm loyang
9. lapis adunan ikut kreativiti
10. bakar dlm suhu 180 °c-200°c dalam 50-60 minit..ikut oven mcmana..(yg ni x tentu sbb kena ikut saiz oven)

creative cooking by Ita

KEK MARBLE

BAHAN-BAHAN
250 tpg gandum + 1 camca baking powder
250 butter
230 gula icing
Telur 5 biji (besar) /6 kalau kecik
Esen vanila
Serbuk coklat & ibu sirap/pewarna

CARA-CARA
Pukul butter & gula smpi gebu
Masukkan telur n esen, pukul lagi
Masukkan tepung kaup balik smpi sebati
Bahagikan 2 bahagian
Letak pewarna
Lapis & bakar

Creative cooking by Helza

SOS STEAMBOAT ALA JOHNNY

BAHAN-BAHAN
1. Sos cili thai brand life
2. Bijan ( digoreng kekuning2an)
3. Daun ketumbar

CARA-CARA
1. Campo sumer bahan mengikut citarasa
2. Try rasa... sampai hampir sama dengan sos Johnny.

creative cooking by Helza

BIHUN SINGAPORE

BAHAN-BAHAN & CARA-CARA
Rendam bihun
Tumbuk bwg putih & lada hitam
tumis skali ngan hirisan bwg merah, halia, rempah 3 brdk (kecuali cengkih)
Masukkan ayam, fish cake
Letak air secukupnya
Masukkan kiub ayam, sos tiram, garam & gula
Dah didih msk bihun
Masuk sawi, carrot, or apa2 ikut suka

craetive cooking by Awa

LONTONG GORENG

BAHAN-BAHAN
lontong@nasi impit @ ketupat segera (dlm 5 biji yg kecik)
2 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu tomato puri
1 kiub pati ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1 tangkai sawi
1/4 lada benggala dihiris
garam secukup rasa

LONTONG
1 pot beras dimasak dengan 3 pot air dan 2 sudu minyak makan dalam periuk nasi elektrik
biar sampai nasi masak dan keluarkan masa tgh panas..masukkan dlm plastik dan ratakan..biar sejuk..dah sejuk potong dadu

CARA-CARA
1.tumis semua bawang, cili sampai wangi
2. masukkan garam, kiub ayam, sos tiram dan tomato puri
3. masukkan batang sawi dan masak sampai layu
4. masukkan lontong..gaul rata..biar seminit dua
5. masukkan daun sawi n lada benggala
6. kacau sekejap dan bila sawi dah layu boleh matikan api

creative cooking by Ita


AYAM UNGKEP BUJANG

BAHAN-BAHAN
Bwg merah putih
Halia
Cili api
Kunyit
Ketumbar jintan

CARA-CARA
Blend semua bahan-bahan kat atas
then tumis smpai garing
Masukkan ayam, air asam jawa
Kemudian gula, garam dan serai

creative cooking by Awa (inspired by Nazim)

KEK PUDING KARAMEL


Sebelum dibakar
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 hasilnya... yummy...block colours!


BAHAN-BAHAN

(A) GULA HANGUS
2 sudu besar gula
Ditabur dln loyang n masak atas api perlahan smpai tukar warna keperangan...ketepikan

(B) LAPISAN PUDING
400ml susu cair (1 tin la sng citer)
140gm gula castor
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
3 biji kuning telur

(C) LAPISAN KEK
140gm tepung
1 sudu teh baking powder
70gm gula castor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak msk/jagung
2 sudu besar susu pekat

(D) MERINGUE
6 biji putih telur
70gm gula castor
1 sudu teh krim of tartar

CARA-CARA
1. Sediakan bahan A..ketepikan
2. Campurkan semua bahan B..kacau perlahan..jgn smpai berbuih2..tapiskan n masuk dlm loyang berisi bahan A yg dah sejuk..ketepikan..
3. Campurkan semua bahan C dan pukul hingga sebati..ketepikan
4. Pukul bahan D smpai kembang dan bila terbalik x jatuh..
5. Campurkan adunan C dan D dan gaul hingga rata dan sebati
6. Bahagikan adunan kpd bbrapa bahagian..ikut suka brapa warna yg nak diletak
7. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & karamel (bahan A dan B)..letak dr tengah dan selang selikan warna..
8. Bakar cara double boil / waterbath..sejam 10min..suhu 175..api bwh 40min & selebihnya api atas bwh..

creative cooking by Mas

CORNFLAKES MADU BERSAMA BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN
madu
cornflake
kekacang (yang telah digoreng tanpa minyak)
buah2an campuran

CARA-CARA
madu dgn cornflake disatukan dulu..bila dah ok(semua dah disalut madu)
gaul pulak buah2an campuran dan kekacang
masuk dlm cup dan bakar suhu tinggi 200-220 degree 8-10 minit..

Tips:
1.bila bawak keluar mmg biasa cornflake tu x lekat tp xpe..biar dia sejuk.. then akan ok

creative cooking by Ita

CORNFLAKES MADU

BAHAN-BAHAN
Cornflakes madu
Butter@marjerin
Madu agak2
Gula pasir sesudu
Kacang@badam
Bijan

CARA-CARA
Cairkan butter n gula masuk madu
Tunggu sejuk sikit masuk kacang & cornflakes
Gaulkan & masuk bekas bakar dalam 8 minit

creative cooking by Asya

BISKUT FAMOUS AMOS NORASIKIN

BAHAN-BAHAN
250g Majerin / butter
200g Tepung Gandum Kegunaan Am
300g Gula Pasir
200g Oat Cepat dimasak 1 cmt Soda Bikarbonat
1 cmt Baking Powder
2 cmt Emplex
200g Coklat Cip
2 bj Telur A
160g Kekacang
2 cmt Esen Vanila Secubit Garam Halus

CARA-CARA
1. Kisar oat menggunakan pengisar bijirin sehingga halus dan gaulkan bersama tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul majerin dan gula sehingga sedikit keputihan menggunakan mixer atau whisk. Tidak mengapa jika gula tidak hancur.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi.
4. Masukkan campuran tepung dan dan gaul sebati menggunakan spatula atau senduk.
5. Akhir sekali masukkan garam, coklat cip dan kekacang. Gaul lagi supaya semuanya rata.
6. Ambil segenggam adunan dan canai setebal 1½cm. Terap menjadi bentuk yang disukai.
7. Susun dalam dulang pembakar dengan jarak 1½ inci diantara satu sama lain dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 - 200 selama 15 minit
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sedikit kemudian barulah di susun diatas redai supaya ia sejuk sepenuhnya.
9. Hidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara.

creative cooking by Ita

KEK KUKUS ASAM MANIS

BAHAN-BAHAN
325gm butter
250gm gula kastor
300gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100-150gm asam manis dihiris halus

CARA-CARA
1. putar butter dgn gula sampai sebati
2. masukkan telur dan putar sebiji demi sebiji
3. masukkan esen vanilla..putar lagi
4. masukkan tepung dan asam manis..putar sebati
5. sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas kek
6. masukkan adunan dlm loyang (letak jangan lebih separuh loyang sebab kek akan naik)
7. kukus kek selama 50-60 minit
8. cucuk dengan lidi..kalau tak melekat kek dah masak
9. sejukkan dan boleh potong

creative cooking by Ita

BAHULU LAPIS PANDAN

BAHAN-BAHAN
1/2 cwn gula dikisar
3/4 cwn tpg +1/4 cwn susu tpg +1/2 sudu teh baking powder (diayak kesemuanya)
3 bj telur
1 sudu teh pandan emulco/essen
Jem/kaya utk melapis

CARA-CARA
Pukul telur + gula hingga putih gebus
Masukkan tepung then pandan
Bakar hingga masak
Lps tu potong dua sapu kaya & lapiskan

creative cooking by Awa

KUIH LAPIS KOKO

BAHAN-BAHAN & CARA-CARA
225 gram gula pasir (1 cwn bukit)
400 ml santan
550 ml air
Msk atas api hingga mendidih & sejukkan
100 gram tepung beras (1 cwn bukit)
85 gram tepung gandum(3/4 cwn)
75 gram tepung ubi (3/4 cwn)
Ayak semua dulu kalau nak cantik
Masukkan air santan ke dlm tepung
Tapis & bagi 2
Satu letak kaler kuning
Satu lg letak 15 gram koko
Loyang sapu minyak dl
Lapisan last kukus 25 minit
Dah sejuk ptg guna pisau plastik

Tips:
1.Kalo nak lpsn ats & bwh sama kale,kale yg d pilih tu kna lbh skit 1 lapis(1senduk)dr yg satu lg
Kalau dua2 sama byk nnt kaler atas & bawah x sama

creative cooking by Awa

MURTABAK BISKUT

BAHAN-BAHAN & CARA-CARA:-
Biskut (jgn patah) celup dengan susu cair
telur
garam sikit
butter cair

BAHAN INTI
bawang putih & besar cincang.
Ikan bilis tumbuk.
Tumis letak serbuk kari sikit, Daging cincang, Carrot & Daun bawang.
Kering sikit mati api.
Pastu dekat loyang selang seli macam lasagna.
 Selapis biskut selapis inti.
Curah baki bahan celupan. Pastu kita bakor!!!

Creative cooking by Asya

KENTANG PUTAR

BAHAN-BAHAN (Bajet makan 2 org)
5 biji kentang sederhana beso
Garam secukup rasa
1 sudu besar mentega
1 cawan susu segar

CARA-CARA
Rebus kentang- buang kulit dulu
Toskan kentang yg dah empuk
Lenyek kentang bagi hancur
Masukkan marjerin & garam secukup rasa
Buka api kecil, panaskan kentang td sambil masukkan susu
Kacau kentang & susu sampai pekat, matikan api

Tips:
1. nak letak cheese pun bole ganti susu
2. kalau nak rasa lebih masukn serbuk lada sulah secukup rasa...

creative cooking by Sue

STEAK DAGING SUKA-SUKA

BAHAN-BAHAN
Sekeping daging - lembu/kambing
atau quater ayam...
3 ulas bawang putih
1 ulas bwg beso dipotong 4
Setengah batang lobak dipotong ikut suka
1 sudu besar lada hitam
garam secukupnya
Sos tomato sesedap rasa
Sos cili sesedap rasa

CARA-CARA
Campurkan garam+ lada hitam (ditumbuk- jgn halus sangat)
Perapkan daging - lagi lama lagi sedap
Sapukan sedikit majerin pada daging dan bakar dlm oven
Masuk sekali bwg beso, bwg putih & lobak tu...
Keluarkan daging bila dak masak

BAHAN-BAHAN KUAH & CARA:
Blend bwg beso, bwg putih & lobak yg dpanggang sekali td
Panaskan atas kuali, letak air sedikit
Masukkan garam, sos tomato & cili secukup rasa
Masak api kecil sampai pekat..
Then curah sos atas daging...

Tips:
1. nak bagi daging lembut- kita ketuk/tumbuk2 daging tu dgn anak lesung sblm perap
2. kalau ayam, jgn buang kulitnye. Masuk bhn perap kat bwh kulit tu, urut2 sikit ayam...

creative cooking by Sue

AYAM MASAK STRIKING (KUNING TERANG)

BAHAN-BAHAN
Ayam yang telah digoreng separa-garing
Bwg merah
bwg putih
kunyit hidup
halia yang telah diblend
serai
asam keping (sikit)

CARA-CARA
Masukkan ayam dlm santan
Rebus semua sekali dgn serai

creative cooking by Awa

SNOWY CHEESE

BAHAN-BAHAN
100g gula icing
 100g tepung hongkong
 60g tepung jagung
 50g air sejuk peti
Telur 6 bijik
 2 sudu bsr ovellette
 1 tsp serbuk penaik
* Semua ni mixer sekali high speed
75g butter.
1/2 tin susu pekat
Cheddar Cheese

Bahan2 Mixer kedua
250g Philadelphia

CARA-CARA
Semasa mix bahan2 di atas
cairkan butter
 Masukkn dlm mixer tadi
Bila dh kembang masuk dlm loyang yg dah gris dgn butter
Bakar 1jam-   150 darjah
Bila dh masak terus telangkupkan.. ats papan kek
Tak boleh biar dok dlm oven
 Lps tu sejukkan
Mixer 250g Philadelphia
Dah kembang masukkn setgh tin susu pekat....
Sapu ats snow cheese tu
Parut chedar cheese
Simpan dlm peti ais

creative cooking by Niza

KEK COKLAT VERSI BAKAR

BAHAN-BAHAN
Bahan2 A :
1/2 cawan gula
1 cawan koko
1 cawan air

Bahan2 B:
1 ketul butter 250gm
2 cawan gula
*2 cawan tepung gandum
*1 sudu teh baking powder
*1/2 sudu teh soda bikarbonat
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla

CARA-CARA:
1. masak bahan A sampai gula larut
2. pukul butter + gula sampai kembang
3. masuk telur pukul sebiji demi sebiji..dah abis masukkan esen vanilla
4. bahan bertanda * tu campurkan ayak
5. masukkan tepung berselang seli dgn bahan A..sambil sambung pukul lg..
6. masukkan dlm loyang yg dah digris dgn marjerin/butter
7. bakar dlm suhu 170-180 degree selama 50-60 minit

Tips:
1.boleh juga nak campurkan susu pekat manis dalam 2 sudu besar utk kek yg lagi moist..tp kena kurangkan gula sikit la
2. Boleh guna terus dlm periuk ajaib..

Creative cooking by Ita

COKLAT KUKUS

BAHAN-BAHAN
Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair*
1 cawan minyak masak/ mentega cair
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C:
3 biji telur ayam

CARA-CARA:
1. masak bahan A atas dapur sampai gula larut n sebati..sejukkan
2. pukul bahan C sampai kembang
3. ayak bahan B dan masukkan sikit2 dlm bahan A & C..(untuk mudah satukan Bahan A & C dahulu)
4. masukkan adunan dlm loyang & tutup dgn aluminium foil..
5. Kukus 1 jam..

Nota:
* Sekiranya tiada susu cair / susu sejat boleh digantikan dengan susu segar (fresh milk).

Tips :
1. Sekiranya ada periuk ajaib boleh terus je masak direct dlm tu

creative cooking by Ita

PUDING ROTI

BAHAN-BAHAN

Bahan A:
8 keping roti buang tepi dia dan koyak2kan
2 cawan susu segar(aku guna susu tepung bancuh buat 2 cwn)
-rendam roti dlm susu setengah jam (lebih senang rendam terus dlm loyang guna utk bakar)

Bahan B:
telur ayam 2 biji
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar marjerin/butter
4 sudu besar gula halus(leh kurangkan kalau nak curah sos kastard)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar kismis/buah2an kering
-campur semua dlm satu mangkuk n curah atas roti yang direndam tadi-kismis last sekali
-bakar suhu 180-200 degree selama 30 minit atau lebih..tengok sampai kaler kat atas tu kekuningan sikit.

Bahan C : sos kastard
1 tin susu cair/ sejat
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
-kacau sebati dan panaskan atas api kecil...sekejap je..kira hangatkan je or berbuih kecil kat tepi..tutup & sejukkan..

Tips:
1. Bila nak hidangkan boleh curah atas puding..n
2. Sedap dimakan sejuk2..

creative cooking by Ita

DONUT

BAHAN-BAHAN
240gm tepung roti / protein tinggi
1/2 sudu besar yis
1 sudu besar susu tepung
20gm gula kastor
2 biji telur gred b
60ml susu segar
50ml air suam
60gm mentega
1/2 sudu teh esen vanila
Gula kastor utk hiasan

CARA-CARA
1. Campurkan tepung & susu tepung.
2. Cairkan yis dan gula dgn air suam.
3. Kemudian masukkan campuran tepung & susu tepung sedikit demi sedikit.
4.Masukkan mentega, telur & esen vanila.
5.Masukkan susu segar.
Seimbangkan antara susu segar & tepung. Jgn sampai lembik sangat. Uli hingga sebati & sampai doh tak melekat pada tangan.
6.Sapukan sedikit minyak dlm bekas tadi & letakkan doh. Tutup doh dgn tuala lembab. Biar sampai doh naik 2x ganda.
7. Bila doh dah naik, tumbuk doh utk keluar kan anginnya. Uli lagi hingga lembut. Canai dan terap dgn penerap donat @ boleh guna tanganje.
8. Biarkan doh donat tu naik pastu boleh lah di goreng. Goreng sebiji2 utk elakkan hangus.
9. Angkat dan toskan minyak. Golek2 dlm gula kastor.

Utk Hiasan
Celup donat dgn coklat ganache pastu tabur coklat rice yg warna warni, coklat chips, badam & sebagainya. Atau celup dgn coklat putih pastu tabur coklat rice atas dia dan sebagainya mengikut kreativiti anda.

creative cooking by Rodzi

APAM MAK SARI

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
0.5 cawan gula
0.5 peket yis
2 sudu besar minyak
Garam
Air suam
Kelapa Parut digaul dgn garam

CARA-CARA
Kacau je semua
Kepekatan mcm buat cucur
Rehatkan hingga naik
Kukus dengan api kecil
Lps potong golek2 dgn kelapa parut yg tlh digaul ngan garam

Tips:
1. Utk kelapa parut yg beku...kukus sebentar di dlm periuk kukus...kelapa parut lmbt basi kalau dah dikukus

creative cooking by Awa

CHEESY MARIE

BAHAN-BAHAN
500g cheese = 2 bar le tu
Stgh tin susu pekat
Biskut marie secukupnya (sepeket pn x abes)
Fresh milk dlm satu mug (untuk celup2 je)
Nestum (buat tabur)
Cheddar

CARA-CARA
Putar cheese smpai lembut
Masukkan susu pekat
* tips : better masukkan sikit2 sbb takut termanis
Letak skit dlm bekas
celup biskut (jgn rendam) dalam susu
Lepastu susun
Letakkan cheese & ratakan
Taburkan nestum & cheddar
Susun biskut lagi
Buat smpai abis
Siap ..... Sejukkan

creative cooking by Awa

LAKSA JOHOR SUKAHATI

BAHAN-BAHAN
1.bawang besar
2.bawang putih
3.halia 2 inci
4.Kunyit 1 inci
5.Lengkuas 1 inci
6.Serai ketuk
7.lada boh
8.Udang kering
9.Ikan bilis
10.serbuk kari
11.santan
12.asam keping
13.Ikan & udang kisar
14. kerisik
15. Spageti

CARA-CARA
Tumis semua bahan 1-9
Masuk serbuk kari agak2
Ikan n udang kisar
Masuk santan & asam keping
Bila mendidih masuk garam gula
Last masuk kerisik

creative cooking by Asya

BINGKA UBI BAKAR

BAHAN-BAHAN
4 cawan ubi parut
2 cawan santan
1 cawan gula
sedikit garam..secubit
pewarna kuning telur

CARA-CARA
Gaul semua dan letak dlm loyang..
bakar dgn 220 degree selama 1 jam - 1 jam setengah.

creative cooking by Ita

HOME MADE ICE CREAM

BAHAN-BAHAN & CARA-CARA
1 tin susu pekat (tin kecil)
2 tin air
1 sudu besar tepung jagung
Kacau then masak kejap atas api
Sejukkan

1 sudu besar ovelet
1 penutup essen vanilla
Pukul dgn mixer dlm mangkuk yg besar/tinggi sbb adunan akan naik 2x ganda dan pekat
Bahagi 3 bhgn strawberi,coklat & asal

creative cooking by Awa

CUCUR JAWA

BAHAN-BAHAN
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
0.5 cwn gula pasir
1 cwn gula merah
Air lbh kurang 2 cwn
Minyak
Garam

CARA-CARA
Masak gula pasir dan gula merah bersama air dan sejukkan (boleh letak daun pandan)
Tuang air gula tu ke dlm tepung-tepung
kacau sebati hingga berbuih
Kepekatan adunan mcm lempeng tapi pekat sikit (tapi jgn sepekat cekodok)
Peram semalaman
Ambikkan sesenduk goreng dalm minyak secukupnya

Tips:
1. Api biar kecil

creative cooking by Awa

BUBUR AYAM ALA MCD

BAHAN-BAHAN
1. Bawang besar, bwg putih dan halia
2. Ayam
3. 2 sudu sos tiram
4. stok ayam
5. air + beras

CARA-CARA
tumis bawang besar, ayam, bawang putih, halia, lada hidup.
Masuk sos tiram dalam 2 sudu n stok ayam,
 masuk air n beras
masak sampai jadi bubur.

Tips:
1. Sblm makan letak lada sulah / blackpepper

creative cooking by Asya

SPAGETI LAKSA

BAHAN-BAHAN
Spagetti
Bahan Tumis
3 ulas bwg besar, yg sedang2 saiznye
3 ulas bwg putih
I inci lengkuas
4 biji cili api, kalau xnak letak x pe...
* kisar semua bahan tumis
3 sudu makan rempah kari
Setengah kotak santan ms (kotak kuning)
daun kesum dihiris
Bunga kantan dihiris
* sue suka dua2 benda ni so separuh dia letak terus dlm kuah
2 tin kecil sardin bkn makerel, ambil ikannya sahaja dan basuh
* lepas tu hancurkan

CARA-CARA
Tumis bahan2 kisar sampai naik bau, masukkan rempah kari
Masukkan ikan tadi dan tumis semula
Agak2 ikan & bhn tumis dah sebati masukkan air
* air t'pulang nak byk ke tidak coz nanti letak santan
Kuah mendidih masukkan asam keping, daun kesum & bunga kantan
Biarkan sekejap, bila nak mdidih skali lagi baru masukkan santan
Kacau santan jgn sampai pecah minyak
Bila da agak mdidih sikit2 tu bole la tutup api...

Tips:

1. kalau rebus spagetthi, letak sikit minyak masak dlm 2 sudu n garam secukup rasa dlm air rebusan...
2. Pastikan spagetthi cukup masak- putuskan tgk tgh2 dia ada warna putih x? kalau xde da masak la tu
3. Lepas dah masak rendamkan dalam air sejuk+ais selama 2 min baru toskan...
4. Kalau x nak rendam pun bole just cucur air paip je then toskan spgeti tu gaul dia ngan butter/marjerin.x nak bg lekat

creative cooking by Sue

PASTA EXPRESS

BAHAN-BAHAN
Bawang besar
Bawang putih
krim masak
Lada hitam
Serbuk buah pala
Ayam dadu
Brokoli

CARA-CARA
1-celup brokoli
2-rebus pasta
Asing
3-tumis bawang2 dan ayam
4-curah krim kasi didih pekat
5-garam, serbuk & lada hitam
6-gaul brokoli n pasta..

creative cooking by Asya

SALAD KENTANG KOBIS MERAH

BAHAN-BAHAN

5 biji kentang, rebus empuk & didadu
50g kubis merah, hiris halus - rendam dlm ais dlm 2 min biar warna x turun
1 tangkai daun bwg, dihiris
3 sudu makan mayonis, terpulang brand apa yg pasti halal
1 peket sos bbq @ 2 sudu mkn sos tiram, kalau x nak letak pun xpe
1/2 labu bwg beso @ bwg g- lg sedap, cincang halus
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA-CARA
campur je semua jgn sampai hancus suda...

creative cooking by Suhaidah

KUIH BAKAR JAGUNG

BAHAN-BAHAN

1. 250gm tepung
2. 200gm gula
3. 400ml santan
4. 200ml air
5. 2 sudu besar majerin
6. 1 sudu teh garam
7. Sedikit pewarna kuning (optional)
8. 1 tin cream style corn

CARA-CARA

1. Campur semua bahan 1-6 smpai sebati..tapiskan..
2. Masukkan cream style corn
3. Letak sikit pewarna kuning
4. Gris loyang ngn marjerin..bakar 150 degree..dlm 40minit..atau smpai msk
.
creative cooking by Mas